Monday, October 18, 2010

Snippet: Facebook

Jika anda telah log masuk ke Facebook dalam 24 jam terakhir anda akan melihat bahawa laman rangkaian sosial telah menukar polisi. Setiap ahli baru yang berdaftar terpaksa memasukkan no telefon anda. Jika tidak hak anda akan disekat. Ia dikuatkuasakan secara serta merta menyebabkan ramai pengguna facebook "terpaksa" mendedahkan identiti atau maklumat mereka yang selama ini diklasifikasikan lebih selamat, ini telah menyebabkan kemarahan dikalangan kumpulan-kumpulan hak digital dan kebebasan sivil.

Perubahan itu telah menyebabkan foto dan video pengguna kini mampu dilihat dan diakses semua orang kecuali pengguna mengubah setting tersebut secara manual. Bertambah masalah lagi apabila pengguna mengemaskini status di facebook, kini boleh diakses oleh enjin carian seperti google dan yahoo.

Perubahan ini telah menyebabkan pengguna telah kurang kuasa untuk mengawal maklumat peribadi mereka dari dikongsi pada umum. Dianggarkan pengguna facebook kini berjumlah 350 juta. Perubahan ini telah mencetuskan emosi dan rasa tak senang hati pengguna. Jadi apa yang cuba disarankan di sini ialah, jika anda pengguna facebook, jangan dedahkan maklumat penting anda sesuka hati, jika anda ada ahli keluarga berpengaruh juga dinasihatkan tidak meletakkan atau link profile mereka ke laman anda. Sila lihat juga Privacy Setting untuk memastikan maklumat anda tidak terdedah kepada umum!

Berikut adalah video bagaimana facebook mempergunakan anda!


korang tak penah terfikir ke? kenapa pengguna Facebook tak penah berkurang walau 1 pun semakin hari bertambah dari ade la, nak tau mesti la sebab Akaun Facebook tak boleh di padam..Tidak percaya mari bt eksperimen sikit..cube Close akaun anda..Sape boleh bt Sy bagi Hadiah..cuba lah...

No comments :

Post a Comment