Bacaan bila tanduk timbul. (Lolz)
Buku di atas bagus untuk mengesan sebarang vulnerability yang terdapat di website anda sebelum di jumpai oleh orang yang tidak sepatutnya. Antara kandungan menarik ialah: Mengesan eksploit dan mencari target, Lihat 10 Carian Sekuriti yang Mudah dan Lihat Bagaimana Orang Jahat Menggali Data.
Seperti yang anda ketahui, banyak website Malaysia yang menggunakan Joomla di-deface bulan lepas mungkin menggunakan cara Google ini, selain link yang diketahu mereka.
Website yang di-deface/godam banyak dilaporkan kepada satu website sekuriti Malaysia yang bertujuan menyedarkan betapa pentingnya sekuriti pada website. Taraf kritikal mungkin pada website Malaysia sekarang.
Jika anda seorang web developer, anda boleh menambah ilmu dengan memasuki kelas / membaca tentang “Secure Coding”.
Untuk senarai query google, anda boleh merujuk kepada Google Hacking Database oleh Johnny.
Selain memeriksa website anda dengan cara ini, anda juga bolehmengeluarkan website anda daripada index Google untuk sementara, atau selamanya bagi page-page tertentu.
No comments :
Post a Comment