Wednesday, July 27, 2011

Panji -Panji Hitam dari Timur

Ada satu kisah yg saya belum tuliskan lagi pada siri AKHIR ZAMAN , Kisah ini adalah satu kisah yg terpenting sekali jika di bandingkan dengan kisah -kisah yg lain . Kisah itu bukan saya sengaja tidak mahu menulisnya tetapi saya tidak dapat merungkai rahsia di sebalik kisah tersebut .

Satu "unit puzzle" masih belum lagi dapat dicantumkan pada induknya ,maka ia akan menjadi teka - teki dan misteri . Ada sebahagian orang yg telah bosan mendengarnya ,dan ada sebahagian orang juga yg sudah melabelkan kisah ini sebagai sesat dan mengarut ,ada juga yg mengatakan perkara ini tidak penting dan ada juga yg sudah mendakwa - dakwi . Kisah yg terpenting ini adalah sebahagian drp kisah AKHIR ZAMAN ,ianya tidak boleh dipisahkan kerana kisah tersebut warid@termaktub di dlm hadis rasulallah s. a.w

Pernahkan para pembaca budiman mendengar LELAKI BANI TAMIM atau PEMUDA BANI TAMIM ? sudah pernah ? atau tidak pernah ? Selain itu pernahkan anda mendengar PANJI_PANJI HITAM DARI TIMUR ? Hariss bin Harras ? Golongan Al MANSUR ? Golongan yg tidak terkalahkan ? Seorang lelaki yg bernama SYUIB ? . Mereka ini adalah tokoh-tokoh besar di akhir zaman . Mereka bukan calang-calang manusia . Tetapi siapakah mereka ini?Di manakah mereka sekarang ini ? Adakah berdosa sekiranya kita mengkajinya ? .

Setelah saya teliti hadis-hadis yg berkaitan dengan mereka ,nampaknya saya gagal dalam mencantumkan puzzle yg terakhir itu ,ia seperti suatu rahsia yg terbesar ,Teka teki itu sukar di cari jawapannya .. Kalau para pembaca ada maklumat berkenaan mereka, SUDIKAH ANDA BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN SAYA ?

Seorang lelaki dari Bani Tamim adalah orang kanan kepada Khalifah Besar di akhir zaman iaitu Imam Mahdi r.a . Lelaki dari keturunan Bani Tamim ini adalah orang yg bertanggungjawab menyediakan atau memudahkan tapak pemerintahan Imam Mahdi r.a . Bagaimanakah lelaki Bani Tamim ini lakukan perkara itu ? . Adakah perlu Lelaki Bani Tamim ini menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu ? ataupun setakat beliau mengistiharkan diri dan diikuti dengan berduyun-duyun manusia pergi untuk berbaiah dengannya @ janji setia ?.Atau ada cara yg lain yg manusia tidak terfikir ..


Kalau jiran kita tiba-tiba mengistiharkan beliaulah lelaki Bani Tamim ,adakah kita akan mempercayainya ? percaya atau tidak ? ... ini adalah satu ujian yg bukan mudah untuk diharungi .

Pada masa dahulu ada seorang amir bagi sebuah Jamaah yg dikenali di seluruh Tanah Melayu .Jamaah tersebut dikenali sebagai Jamaah Al Arqom dan ketuanya /amirnya bernama Ustaz Asari bin Muhammad . Beliau mendakwa sebagai Pemuda Bani Tamin / lelaki dari bani Tamin ,seorang Mujaddid Akhir Zaman.dsb . Adakah benar dakwaan beliau itu ? ,adakah dia seorang yg layak ? Adakah beliau orang yg sebenar-benarnya ataupun beliau tersilap langkah dan percaturan sahaja ? .

Adakah calon -calon yg lain ..? Mungkin ada ..tetapi kita tidak tahu ...kalau pembaca tahu boleh kah saya berkongsi dengan para pembaca yg budiman..

Lelaki drp keturunan Bani Tamim ini adalah orang yg mencetuskan Jadual Allah di akhir zaman . Ditangannya seperti ada pemetik api dan bila-bila masa sahaja ia akan memetiknya dan menyalakan sumbu peledak bom , dan sudah tentu beliau tidak sewenang-wenangnya memetik api itu...Apabila beliau telah membakar sumbu tersebut maka jadual Allah akan berjalan dan tidak akan berpatah balik .Maka wahai sekalian manusia inilah ujian yg pertama demi menyatakan iman kalian ,adakah kalian bersama beliau atau menjadi penentangnya ? . Maka bersedialah dengan panggilan jihad fisabilillah .

Ketika ini saya masih mencari -cari calon yg sesuai sebab ini adalah perkara yg penting bukan suatu yg remeh . Pada masa yg sama rancangan "MEREKA" hampir disempurnakan , Mata yg melihat anda .. hampir mendarat di puncak piramid ... dan kita masih lagi tidak mahu memberi sedikit ruangan di minda kita untuk berfikir tentang nasib ummat Islam pada masa kini. Dan kita masih leka dan terus leka ...tanpa menemui noktah kesedaran dan kita suka dengan keadaan itu sebenarnya.

---------

Golongan Yg Membawa Panji-Panji Hitam Dari Timur.

Panji atau bendera berwarna hitam atau putih ,sekiranya hitam maka tulisan putih ,sekiranya putih maka tulisannya hitam . Bendera itu di tulis kalimah syahadah . Bendera itu adalh bendera rasulallah ,kerajaan rasulallah yg akan diwarisi kepada khalifah-khalifahnya . Bendera itu sebagai panji-panji tentera Imam Mahdi r.a .Jadi siapakah tentera Mahdi itu .

Mari kita lihat calon-calonnya ..

1-Adakah mereka adalah gerakan -gerakan Islam atau parti-parti plitik Islam di seluruh dunia cthnya JIM iaitu Jamaah Islah Malaysia , ABIM iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia , Parti Islam SeMalaysia ataupun gerakan-gerkan dan parti-parti Islam di seluruh dunia . Kalau lah mereka , sudah tentu salah seorang pemimpin gerakan dan parti politik itu ialah Pemuda dari Bani Tamim yg dijanjikan oleh Allah . Adakah mereka?



2-Adakah mereka itu adalah bekas ahli-ahli Al Arqom yg telah diharamkan kerajaan dan dilebelkan sebagai ajaran sesat . Khabarnya mereka bersedia ke arah itu pada masa dahulu dan sekarang ia agak senyap dan sayup-sayup kedengaraan akuan itu. Kalaulah mereka sudah tentulah Ust .Asari Muhammad itu Bani Tamim .Adakah mereka ?

3- Adakah mereka itu adalah Jamaah Tabligh yg terkenal diseluruh dunia itu ,khususnya di Negara India dan Pakistan dan jamaah ini tidak asing di Malaysia .Baru-baru ini mereka membuat Ijtimak di Sepang .Khabarnya ratusan ribu manusia hadir di Ijtima' itu . Pemimpin -pemimpin mereka terdiri drp orang-orang yg alim dikenali sebagai maulana . Bukan senang nak dapatkan gelaran itu . Maulana bermaksud "tuan kami " . Nampaknya mereka adalah orang yg lasak dan selalu berdikari keluar ke jalan Allah . Kalaulah mereka ,sudah tentulah salah seorang pemimpin mereka adalah Lelaki Bani Tamim .



4-Adakah mereka itu dikalangan ahli sufi .menurut pembacaan dan kajian saya ,(kalau salah ,tolong perbetulkan ) ahli sufi ini adalah orang -orang yg menjalani tarikat .Hasil daripada riadah ( istilah orang yg selalu berzikir ) maka terhasillah drp madrasah tersebut orang-orang yg soleh dan para wali Allah .Di antaranya ialah Imam Ghazali r.a ,Sheikh Abdul Qodir Jailani , Imam As Sazali , Sheikh Bahauddin dan ramai lagi . Saya ambil contoh Sheikh Abdul Qodir Jailani ,beliau adalah Sultanul Arrifin ( Sultan bagi Arif Billah ) ataupun Wali Qutub dan Mujadid pada zamannya . Kalaulah mereka itu adalah pemegang panji-panji hitam dari timur maka sudah tentulah salah seorang drp Sheikh-Sheikh mereka itu adalah keturunan yg terpilih diakhir zaman ini , iaitu Bani Tamim .Adakah mereka ?

5- Adakah mereka itu dikalangan pengamal-pengamal silat ,contohnya ,silat gayung , silat cekak ,silat Lincah dsb . Mereka seperti saya maklumi sentiasa bersedia ke arah itu .Bahkan bendera pun sudah di reka . Cuma menanti panggilan ,mereka akan menyahut . satu sikap yg positif . Kalaulah mereka itu pemegang amanah yg terbesar di akhir zaman sudah tentulah salah seorang mahagurunya adalah lelaki dari Bani Tamim yg akan memetik api untuk membakar sumbu bom/peledak/dinamit itu . Adakah mereka? .



6- Adakah saudara - saudara kita di timur tengah yg sedang berperang melawan tentera NATO dan USA di Afganistan .Mereka dikenali sebagai TALIBAN . Bagaimana pula dengan AL QOEDA . Al QOEDA adalah kumpulan khayalan bercapkan wahabi , jenama U.S.A . Jenama ini dimasyhurkan ketika peristiwa pembohongan terbesar abad 21 ini ,iaitu pelanggaran 2 menara berkembar di NEW YORK . Maka mereka tersingkir drp carta calon Bani Tamim . Taliban dengan perwatakan tahan lasak sepertinya layak untuk menjadi pembawa panji-panji hitam dari timur .Kalau begitu sudah semestinya salah seorang daripada pemuka-pemuka mereka adalah pemuda Bani Tamim . Adakah mereka?



7- Calon yg terakhir yg saya boleh ketengahkan ialah penduduk - penduduk di sekitar Khurasan /Asfahan Iran yg bermazhab Ahli Sunnah . Bukan saya menolak calon -calon rakyat Iran yg bermazhab Syiah tetapi mereka itu pada hemat saya tersingkir drp carta calon Bani Tamim kerana mereka sangat berbeza dengan kita . Apakah perbezaan mereka itu ...para pembaca dipersilakan melihat catatan -catatan lama di dlm blog ini untuk mengetahui apa yg saya maksudkan. Kalau merekalah yg dimaksudkan Bani Tamim maka sudah tentulah ada dikalangan mereka adalah orang yg telah Allah janjikan itu . Adakah mereka?

8- Atau pun ada calon yg lain ? kalau ada maklumat bolehlah kita berkongsi ? .

Mengapa saya seolah-olah beriya-iya tentang perkara ini ? .Antara sebabnya ialah saya berpendapat Imam Mahdi akan menzahirkan dirinya di antara tahun 2012 hingga sebelum 2020 . Bagaimana saya boleh tahu tarikh ini ?.Para pembaca budiman ,ini hanya sebagai pendapat peribadi saya sahaja ,ia tidak semestinya benar . Kalau ianya benar ,sekurang-kurangnya para pembaca sudah maklum perkara ini ,kalau tidak anggaplah ia sebagai hasilan karya berupa semata-mata sebuah cerita. Persediaan tapak / Empayar Islam d akhir zaman perlu disediakan terlebih dahulu oleh Pemuda Bani Tamim ini .Maka sudah tentu persediaan itu akan bermula 3 ke 4 tahun akan datang . Setelah semuanya sedia ,barulah Khalifah besar itu akan muncul di Khurasan dan seterusnya ...sila lihat siri-siri awal akhir zaman untuk mengetahui maklumat itu di dlm blog ini .

Insyaallah pada masa akan datang saya akan tuliskan ringkasan kronologi peristiwa akhir zaman khas untuk pembaca bagi mengetahui bagaimana saya boleh mengeluarkan pendapat yg Imam Mahdi akan muncul pada tempoh yg saya nyatakan tadi .



Sudah tiba masanya kita menoleh ke kanan dan ke kiri mencari pemimpin yg boleh mendaulatkan Islam pada tempatnya yg sebenar pada zaman ini . Sesungguhnya tentera yg mempunyai hati seperti besi itu ada di sekeliling kita . Carilah ...saya pun sedang mencari juga.

Nota Kaki : jangan pernah berhenti untuk mencari.

Orentasi Minda - 'Fikiran dahulu, atau otak dahulu..'

'Arrghh, hanya mimpi! Mimpi permainan fikiran..' Itu ucapan pertama yang terkeluar dari belahan-belahan hati Salmiah sebaik tersedar dari tidurnya. Di dalam mimpi, Salmiah dikejar seekor harimau hitam liar yang tiba-tiba muncul di balik belukar gelap di kebun getah belakang rumahnya. Mujurlah ada Pak Wan yang entah dari mana tiba-tiba muncul membawa selaras senapang kesayangannya itu..

Ketika dalam mimpi, Salmiah dikejar seekor harimau hitam. Salmiah tidak pernah tahu bahawa dirinya sebenarnya sedang berbaring di atas tilam empuk berwarna merah. Salmiah tidak pernah tahu bahawa fikirannya yang di atas tilam empuk merah itulah yang menghasilkan satu sandiwara mimpi yang mana dia sendiri ada di dalamnya. Di dalam mimpi, dunia mimpi Salmiah sempurna - ada harimau hitam liar, ada Pak Wan, ada kebun getah, ada remang cahaya subuh, bahkan ada dirinya sendiri. Di dalam mimpi, dunia mimpi Salmiah sempurna - tidak ada cacat-celanya, bahkan beliau melihat dengan mata-kepalanya bagaimana harimau hitam terkejang-kejang mati akibat beberapa butir peluru senapang Pak Wan menembusi tubuh malang itu. Segala itu real!..

Tiba-tiba, Salmiah tersedar dari mimpi. Kini ia merasakan bahawa ia berada di dunia nyata, dunia sebenar dan bukan mimpi. Ada awan, ada laut, ada gunung dan sebagainya. Tetapi apakah jaminannya untuk mengatakan bahawa dunia ini real? Seperti halnya dalam mimpi, sedikit pun Salmiah tidak mengesani bahawa dunia itu tidak real, tidak sempurna. Sedikit pun Salmiah tidak menyangka bahawa dunia mimpinya itu mimpi..

Di sini, kita membicarakan tentang fikiran, bagaimana fikiran dihasilkan oleh otak. Tetapi apakah bezanya jika Salmiah serta rakan-rakannya yang membicarakan tentang otak, tentang fikiran dalam mimpinya? Barangkali Salmiah seorang pensyarah yang sedang mensyarahkan bagaimana reaksi kimia dalam otak si Abu. Tiba-tiba..

Tiba-tiba..
'Arrghh, hanya mimpi! Mimpi permainan fikiran..', Salmiah tersedar dari mimpi! Tahulah ia bahawa apa yang disyarahkan sebentar tadi tidak lain hanya mimpi, wataknya sebagai pensyarah juga mimpi, walhal di sini(dunia ini) dia hanya seorang penoreh getah. Segala itu hanya kreasi sebuah fikiran Salmiah di atas tilam merah empuknya..

Mungkinkah Salmiah dan tilam empuk merahnya itu adalah juga dunia yang tak lain dari mimpi? Salmiah tidak akan tahu selama ia masih dibuai enak oleh peristiwa-peristiwa di dunia ini, Salmiah tidak akan tahu selama ia masih belum tersedar pada satu dunia yang lebih real, lebih sempurna yang di luar dari dunia tilam empuk merahnya ini - selama itu juga Salmiah mengatakan bahawa fikiran dihasilkan oleh otak..

Bagaiamana dengan anda? Apa jaminan anda bahawa fikiran anda dihasilkan oleh otak anda? Apa jaminan anda untuk mengatakan bahawa dunia ini real? Anda tidak akan tahu selama anda belum terjaga dari dunia ini, bukan..

Nota Kaki : 'Musuh terbesar anda adalah diri anda sendiri. Ia memperkenalkan dirinya sebagai anda, dan memperdayakan anda dari dalam tanpa anda sedari..' Anda tergolong dalam kalangan orang yang hebat sekiranya anda tahu yang anda sedang bermimpi dan keluar dari mimpi anda untuk terjaga dan bangun kerana
anda tahu apa yang sedang anda alami itu hanya lah sekadar mimpi.

SEJARAH yang diPADAM ( PART 3 )

Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.


Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.

Salasilah: Keturunan Sayyid Hussain Jamadil Kubra
Sayyid Hussain Jamadil Kubra adalah tokoh yang kerap disebut namanya ketika membicarakan tentang keturunan Nik dan Wan di kepulauan Melayu.

Salasilah beliau adalah Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad Rasulullah. Ini adalah berdasarkan salsilah Tok Pulau Manis

Ayahanda beliau Sayyid Ahmad Shah dikatakan adalah bekas Gabenor di dalam kerajaan Sultan Muhammad Tughlaq.

Sayyid Hussain Jamadil Kubra dikhabarkan tiba di Kelantan pada tahun 1349M bersama adinda beliau Sayyid Thana’ullah atau dikenali juga sebagai Shaykh Saman, anak murid kepada Imam Ibnu Hajar,

Menurut salasilah tersebut, Sayyid Hussain Jamadil Kubra mempunyai tiga orang putera iaitu Maulana Malik Ibrahim, Maulana Ibrahim Akbar dan Sayyid Ali Nurul Alam.

Dari keturunan Maulana Malik Ibrahim dan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya para Wali Songo seperti Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Gunung Jati, Sunan Kalijaga, Sunan Giri, Sunan Darajat, Sunan Kudus dan Sunan Muria.

Saya tertarik juga dengan salasilah waliyullah Tok Pulau Manis di atas kerana disebut bahawa dari keturunan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya Wan Demali, Wan Hussein Telok Manok, Wan Senik, Wan Biru dan lain-lain.

Salasilah Sayyid Hussain Jamadil Kubra yang pernah saya simpan mempunyai sedikit perbezaan dengan salasilah di atas.

Anda boleh juga melihat laman web tentang keturunan kesultanan Melayu di Kepulauan Melayu dan Nusantara.


SEJARAH yang diPADAM ( PART 2 )


JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH

Pengenalan
•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang
mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Sejarah Awal Kelantan

•Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
•Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.
•Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
•Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.

Kelantan Abad Ke 15

•Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).
•Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
•Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.
•Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
•Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
•Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
•Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.

Kelahiran Cik Siti Wan Kembang



•Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu
sepupu Raja Hussin.
•Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
•Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
•Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.



Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
•Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
•Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
•Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
•Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
•Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
•Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.


Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota
sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di
sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah
di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik
Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;
~ Tuan Sulong (Long Sulong)
~ Tuan Senik (Long Senik)
~ Tuan Besar (Long Bahar)
•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

SEJARAH yang diPADAM (PART 1)

Peristiwa yang sengaja dipadam dari sejarah bangsa oleh pihak British



ALLAH SWT TA'ALA MENGATUR SEGALANYA
Negeri Kelantan telah menerima kedatangan dua orang Wali daripada keturunan Ahlul-bait iaitu Syed Hussein Jamadil Kubra dan Shaikh Tanauddin. Daripada ketutunan inilah lahir Wali Songo (Wali 9) dan keturunan Nik/Wan di negeri Kelantan dan seluruh Asia tenggara.

Keturunan ini juga pengasas kepada kesultanan Melayu di Nusantara, termasuk Brunei dan di Selatan Filipina. Sejarah lengkap terlalu panjang, fokus kepada kerajaan Kelantan sahaja.

Seperti yang kita tahu, takdir telah menentukan keturunan Nabi Muhammad telah dizalimi, dibunuh dan mereka ini lari hingga ke India (wilayah Deccan). 7 orang daripada mereka telah belayar ke TIMUR (mereka ini Wali 7) untuk menyambung tugas-tugas dakwah pada masa itu.

2 orang daripada mereka belayar dan singgah di Kelantan. Syed Hussein Jamadil Kubra memulakan dakwah di Kelantan dan berkahwin dengan puteri raja Kelantan pada masa itu.

Hadis Ibnu Mas‘ud

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat ku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagai mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”


(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

Hubung-kait antara Kedah dan Kelantan - Permulaan Kerajaan Besar Semenanjung
Wonbin menulis:

Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.

2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.

3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.

4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.

5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.

6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.

7. Beliau ketua Wali 7.

8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.

WALI 7

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama 'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.

Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.

Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini 'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.

Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.

Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.

Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.

Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput).

Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.

Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.

Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.

Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.

RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu.
Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong

Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.

Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.

Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.

Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.

Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.

BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak
yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat
dan ahli-ahli kaji sejarah.

Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.

Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.

Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.

Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.

Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.