Saturday, March 5, 2011

MENGAPA SEORANG LELAKI MEMILIH SEORANG CIKGU SEBAGAI ISTERI??

1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)
6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

Nota Kaki: So Cari Lah Bini Cikgu ye..huahuahua..

Negara Paling Tinggi Mengamalkan Rasuah

Negara Paling Tinggi Rasuah


1. Somalia
Dengan perang sivil yang masih berterusan sejak 1991, negara ini menjadi sinonim dengan kegiatan lanun. Berjuta-juta dolat diperolehi oleh lanun Somalia sebagai wang tebusan dari banyak pemilik kapal setiap tahun. Reuters melaporkan sebanyak 47 buah kapal asing dirampas pada 2009 sahaja oleh lanun-lanun ini.


2. Myanmar
Kaya dengan balak, mineral, gas asli dan sesuai sebagai pusat transit dadah terlarang, Myanmar telah menjadi “jajahan ekonomi” oleh pemimpinnya. Kerajaan US telah melarang sebarang pelaburan oleh rakyatnya di Myanmar sejak 1997.

3. Afghanistan
Adik Presiden Hamid Karzai dikatakan terlibat dalam perdagangan ganja dan Presiden Obama pernah menyentuh perkara ini bagi mengelakkan reputasi kerajaan Karzai terjejas. Namun dengan Taliban yang masih berleluasa, sukar untuk Afghanistan kembali bersih.



4. Iraq
Pemimpin Syiah telah mendapat kritikan rakyatnya kerana rasuah yang menyebabkan sumber air, elektrik dan minyak negara terjejas. Iraq telah menyertai Extractive Industries Transparency Initiative bagi mengurangkan rasuah di negara ini.


5. Uzbekistan
Presiden Islam Karimov telah mengawal perundangan, penghakiman dan media dan terus dipilih dalam pilihanraya dengan perbezaan undian yang sangat meragukan – 88% pada Disember 2007. Oleh kerana kerajaan mengawal sebahagian besar ekonomi, rasuah semakin teruk di negara ini. Malah gred dan ijazah juga mudah dibeli dalam sistem pendidikan.



6. Turkmenistan
Rasuah semakin meresap dalam negara yag kaya dengan sumber semulajadi ini di bawah pimpinan Presiden Gurbanguly Berdimuhamedov. Kerajaan mengawal kebanyakan sektor ekonomi, termasuk simpanan gas asli.



7.Chad
Bank Dunia telah menarik balik USD$3.7 bilion wang bantuan pada 2008 selepas Presiden Idriss Deby mengambil keuntungan minyak yang sepatutnya digunakan untuk perubatan, pendidikan dan mengurangkan kemiskinan. Mahkamah juga telah mendakwa berlakunya penyelewengan sebanyak USD$4.3 juta dalam program pembelian buku sekolah.



8. Sudan
Presiden Sudan, Omar Al-Bashir telah didakwa oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi jenayah perang dan pembunuhan. Dan negara yang mempunyai banyak sumber alam ini tidak dapat menerangkan kepada rakyatnya ke mana perginya wang royalti minyak yang diterima sebanyak USD$6 bilion setahun.









Malaysia di tempat ke-56 dalam Index Persepsi Rasuah 2010!


Index Persepsi Rasuah 2010(2010 Corruption Perception Index) telah mengeluarkan maklumat 178 buah negara di seluruh dunia berdasarkan index daripada 0 hingga 10. Index paling sedikit menunjukkan tahap penularan rasuah yang paling tinggi manakala index paling besar menunjukkan tahap penularan rasuah yang paling sedikit. Kaji selidik ini melibatkan 13 pengkaji selidik bebas daripada seluruh dunia.

Mengikut index terbaru tersebut negara Somalia menunjukkan index rasuah paling sedikit iaitu dengan mencatatkan jumlah mata 1.1 diikuti dengan Myanmar 1.4 dan Afghanistan yang turut mencatatkan mata 1.4.




Manakala negara Denmark dan New Zealand mencatatkan tahap index rasuah yang paling banyak, masing-masing mencatatkan mata 9.3. Singapura menjadi negara Asia paling tinggi index rasuah iaitu dengan mata 9.3 melayakkan negara tersebut menduduki tangga ketiga.



Negara kita, Malaysia hanya mencatatkan kutipan mata 4.4 dan menduduki tangga ke-56 daripada 178 buah negara.




Ranking in Asean

Negara China kecut Dengan Apa Yang Berlaku Di Mesir dan Libya - Blok Semua Info Tentang Mesir

Negara China kecut Dengan Apa Yang Berlaku Di Mesir dan Libya - Blok Semua Info Tentang kedua-dua negara tersebut

Apakah dunia bakal menyaksikan kejatuhan kuasa pemerintahan kuku besi dan diktatoran satu persatu di atas muka bumi ini.

Protes rakyat di Libya menyaksikan satu lagi kerajaan kuku besi bakal dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri. Kerajaan yang ada bertungkus lumus cuba menyelamatkan keadaan.

Melihat apa yang berlaku di Mesir, Negara China terasa tekanan dan kecut perut khuatir gelombang yang sama melanda negara Komunis tersebut.


Terbaru China telah menghalang sebarang maklumat diperolehi daripada internet terutamanya mengenai keadaan negara Mesir dan Libya. Mereka takut semangat berjuang rakyat yang tertekan akan bangun.

Mungkin tahun ini bakal menjadi tahun sejarah kebangkitan manusia demi kehidupan...


Mengkaji Kebenaran Tunjuk Perasaan Di Libya

Mengkaji Kebenaran Tunjuk Perasaan. Adakah Benar Revolusi Rakyat Atau Hanya 2,3 Kerat Rakyat Yang Diperdaya Menjadi Pengganas Oleh Amerika?


Sejarah Amerika di Libya.

Tahun 1980an Amerika sendiri lancar serangan bom di Libya. 1990an CIA melatih dan menaja parti pembangkang. Amerika juga gunakan al-Qaeda untuk masuk Libya. Malah ada cubaan nak culik Gaddafi pun. Pada 2005-2007, al-Qaeda establish sokongan di Libya. Hanya operasi disebalik tabir. Rakyat Libya yang direkrut untuk lancar gerakan.

Amerika dah lama nak rampas Libya. Mengapa? Libya supplier terbesar minyak di Eropah. Libya punyai reserve minyak antara terbesar di dunia. Bukti? Media barat laporkan protester muncul di Zawiyah. Zawiya ialah bandar penting untuk industri oil n gas Libya. Sana ada terminal minya, refineries dan oil port.

Protest di terminal minyak?


Protesters mensasarkan terminal minyak. Dan keesokan harinya harga minyak dunia, naik. Daripada $97 kepada $120 per barrel. Kenapa perlu tunjuk perasaan bermula di bandar minyak? Tidakkah revolusi rakyat bermula di tengah pusat bandar.

Tunjuk perasaan atau pemberontak bersenjata

Cerita sebenarnya mereka ni bukan protester. Kumpulan remaja ini muncul di Zawiya dengan kekuatan ratusan orang dan mereka ini bersenjata. Ini lebih kepada pemberontakan bersenjata, bukan tunjuk perasaan. Maka, orang ramai lapor kepada pihak berkuasa tentang kemunculan remaja bersenjata di pekan.

Disebabkan laporan mereka ini bersenjata, maka Gaddafi hantar sekumpulan askar bersenjata untuk memantau. Wakil askar kerajaan laporkan yang remaja-remaja ini bersenjata dan tembak rambang sesuka hati. Mereka nampak tak normal dan kelihatan seperti khayal. Bandar Zawiya dipenuhi oleh remaja-remaja ini yang berkawal sekitar bandar. Orang ramai masih bebas bergerak, dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Serangan senjata diganti dengan serangan media

Laporan media barat tentang askar kerajaan menembak penunjuk perasaan dan orang awam di Zawiyah adalah tak benar. Yang sebenarnya berlaku ialah pertempuran bersenjata antara kedua-dua pihak. Gaddafi hanya lakukan perkara logic setiap pemimpin akan buat jika salah satu bandar terbesarnya ditawan sekumpulan ratusan orang bersenjata.

Disebabkan mereka ini remaja umur 17-20 tahun, maka Gaddafi arahkan askar dan polis berundur. Maka beberapa kawasan — Benghazi, Tobruk, Misrata — jatuh ketangan pemberontak. Tiada sebarang tentangan daripada askar kerajaan. Gaddafi tak mahu pertumpahan darah dengan golongan anak mudanya sendiri. Ini menunjukkan perasaan belas Gadafi kepada remaja ini.

Amaran terakhir untuk orang dibelakang pemberontakkan bersenjata

Sebelum menghantar tentera untuk neutralisekan pemberontak. Gaddafi jelas menunjukkan sifat belas kasihannya sekali lagi dengan menyarankan ibubapa memanggil anakmuda mereka balik rumah dan letak senjata. Ucapan Gaddafi bermula dengan sedih dan menyebut kumpulan itu sebagai “anak-anak kita”. Dia berkata, we take the guns away from the kids, dan tangkap orang yang memperdayakan dan mempergunakan mereka.

Kemudian ucapan Gaddafi menjadi bersemangat dan berapi kerana bercakap mahu berperang dengan Amerika dan bonekanya al-Qaeda. Kenyataan dia yang kata ‘mahu menentang penunjuk perasaan’ diputar belit. Sebenarnya ia ditujukan kepada ‘pengaruh luar’ iaitu Amerika dan Osama. Amerika dilihat berjaya memperdayakan dan mempergunakan anak muda Libya yang ‘baru nak kenal hidup’. Dan buat sekian kalinya mahu merampas hak minyak Libya – yakni kurniaan tuhan kepada mereka. Syahid jika dipertahankan.

Propaganda hanya menipu. Lihat kesan dan apa sebenarnya yang berlaku

Kesimpulan di Libya ialah ia bukanlah revolusi rakyat. Ini ialah teknik baru Amerika nak merampas minyak di negeri Arab dan Utara Afrika. Di lihat kembali rentetan cerita Libya, seperti wujud paten jelas penglibatan Amerika dalam peperangan negara minyak.

Ingat Afghanistan. Osama mengaku serang world trade center. Osama Ladin muncul di Afghanistan. Amerika serang Afghanistan. Amerika kawal pipeline minyak di Afghanistan.

Osama serang world trade centre. Amerika takutkan orang dengan Osama dan pengganas. Lambangkan saddam sebagai pengganas. Tipu weapon of mass distruction. Serang Saddam (orang yang tak serang amerika) walaupun Osama (orang yang dah berjaya serang amerika) tak dapat ditangkap lagi. Lalu Amerika kontrol telaga minyak Iraq.

Osama supply senjata di Libya. Setting orang Libya serang Libya. Amerika serang melalui media. Gaddafi jatuh. Pembangkang yang dilatih Osama akan jadi pemimpin boneka. Amerika dapat minyak Libya.

Ada sesiapa di dunia Arab kenail Osama? Ada sesiap di dunia Islam kenal Osama? Sila google ‘Tim Osman CIA’ anda akan baca banyak artikel mengenai bagaimana Osama ini ialah agen CIA yang bernama Tim Osman.

Amerika. al-Qaeda. Minyak. inilah pelakon penting dalam cerita minyak di Arab. Aku tak kata Gaddafi islam sempurna. Tapi aku memang tak percaya Amerika dan barat. Aku kesal dengan orang islam yang percaya CNN dan mengutuk islam yang lain. Apa baiknya kita menjadi islam jika tak nak usaha pun untuk tahu cerita sebenar di negara islam lain. Hanya percaya media kafir memburukkan cerita muslim lain.

Bagaimana suatu hari, orang islam Malaysia pulak yang kena fitnah dengan barat.. adakah kita boleh expect orang lain tak nak dengar fitnah barat? Bukan hari-hari orang update berita Malaysia. Orang hanya akan baca apa yang disuap oleh ‘kononnya berita’ barat.

FAQ

Kenapa pihak pembangkang kerajaan Libya mengatakan yang senjata mereka itu, mereka rampas daripada kem rahsia Gaddafi di Tobruk. Bukan di supply oleh al Qaeda.

Kalau itu kem rahsia, macam mana mereka tahu? Kenapa penunjuk perasaan perlu rampas senjata? Mengapa perlu senjata pun kalau betul yakin seluruh rakyat Libya menolak Gaddafi?

Kenapa semua negara besar Eropah kritik Libya?

Negara besar yang mengutuk Libya ialah France, Italy, Obama, Jerman, Amerika. Mereka ini masing-masing negara besar minyak. Mereka ada syarikat oil n gas gergasi dunia. Mereka tak sabar-sabar nak terkam telaga minyak Libya. Tak sampai seminggu, European union draf usul bermacam sekatan terhadap Libya dan mahu membekukan aset Libya.

Kenapa Isreal melanggar bermacam-macam hak tidak diusulkan draf sebegitu terhadap mereka? Bukan seminggu dua, dah 60-70 tahun.


Ketua Jawatankuasa pertahanan pemberontak Libya, memegang AK-47 bergambar bersama missil anti-pesawat di Tobruk Feb 23, 2011. Kenapa perlu ada senjata jika ianya revolusi rakyat. - gulfnews


Ini antara gambar paling awal dikeluarkan Feb 21 oleh bbc. kenapa perlu ada senjata jika ianya revolusi rakyat. - bbc


Seorang protester anti-kerajaan dengan unifom tentera memegang pelancar rpg di sebuah bangunan keselamatan negeri yang di take over oleh pemberontak Feb 23. kenapa perlu ada senjata jika ianya revolusi rakyat. - reuters

Mana rakyat dapat senjata canggih jika tidak dibekalkan?


http://pastebin.com/MsGNB2Bt

Negara Berbilang Kaum Tidak Stabil? Pendapat Anda?


Kita semua pasti tahu tentang negara Malaysia yang memang terdiri dari dari pelbagai etnik.Seperti di negara kita sendiri, ada kaum Melayu, Cina dan India, serta kaum minoriti yang lain. Pengertian masyarakat majmuk juga berlainan dari setiap negara. Singapura juga mendakwa mereka sebuah negara yang majmuk.

Tetapi mengikut kenyataan Chedet,pada dasarnya Singapura dikuasai oleh majoriti kaum Cina yang besar. Ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri, apa juga kurangnya dengan Malaysia.Memang kita terdiri dari pelbagai kaum, tapi pada dasarnya Malaysia dikuasai masyarakat Melayu yang dominan.

Berkenaan dengan tajuk yang ingin kami bincangkan pada anda hari ini, benarkah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum tidak stabil? Logiknya ada disitu. Perbezaan agama, budaya, dan juga dari aspek rasisme, berkemungkinan ketidakstabilan itu ada.

Namun, pendapat kami, tidak semestinya negara yang mempunyai kaum yang pelbagai tidak semestinya tidak stabil.Banyak lagi negara di luar sana yang mempunyai perbezaan budaya, bahasa dan kaum yang masih mampu mengekalkan keamanan dan juga keharmonian.

Apa yang penting adalah, mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum-kaum tersebut dan diletakkan di dalam bawah satu sistem yang saksama. Ada banyak pelaksanaan yang boleh dilakukan.Kami nampak usaha kerajaan ke arah itu, namun pelaksanaannya masih lagi lemah.

Seperti penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa utama juga, masih terdapat “lohong” di sana-sini.Sistem sekolah juga masih lagi ada yang berpisah.Masih wujud lagi sekolah SJKT dan SJKC di negara kita walaupun pelaksanaan sekolah Wawasan untuk menyatukan pembelajaran bagi semua kaum dibawah satu bumbung telah lama diperkenal.

Jurang yang paling ketara, masih lagi ekonomi.Kita sedia maklum tentang ekonomi kaum lain yang memang lebih baik berbanding dari kaum melayu sendiri.Dasar Ekonomi Baru(DEB) diwujudkan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum.

Secara prinsipnya DEB amat baik, tetapi di dalam pelaksanaannya terdapat beberapa kegagalan dan kelemahan.Melayu masih lagi tertinggal. Kami sendiri berpendapat, walaupun sudah banyak “tongkat” yang diberi kepada bangsa melayu, namun melayu masih lagi tertinggal.

Kenapa? Sebab tidak semua melayu yang dapat “tongkat” tersebut.Hanya segelintir sahaja.Dan sebab tongkat inilah selama ini menjadikan melayu sebuah kaum yang mengharap dan tidak mahu berusaha.Kita sedia maklum, bangsa lain sememangnya oportunis. Mereka tidak mempunyai keistimewaan seperti bangsa melayu.

Dan ini menjadilan mereka sebuah kaum yang sentiasa berusaha dan berdaya saing.Dan sehingga kini, masih jauh meninggalkan bangsa melayu.Apa yang kami ingin sampaikan kepada anda, bukanlah satu kenyataan yang bersifat rasis, tetapi mempersoalkan ke mana hilangnya semangat bersaing bangsa melayu.

Kami bersyukur bahawa Malaysia masih lagi aman dan tidak mempunyai masalah besar dan ketegangan kaum sejak 13 Mei 1969. Dan hubungan kaum juga masih lagi teguh.

Walaupun masyarakat berbilang kaum Malaysia akan terus berasingan daripada segi etnik kaum, namun Malaysia akan terus aman, berkeupayaan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan memperlihatkan keharmonian perhubungan antara kaum jika pimpinan negara ini memahami masalah yang terdapat dan mempunyai kemampuan mengurus.

Jika kita hendak memperbetulkan ketidakseimbangan ini, adalah perlu untuk kita cuba mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan pribumi berbanding dikalangan kaum bangsa lain.