Monday, April 22, 2013

Laman Komuniti Usahawan Internet

Laman Komuniti Usahawan Internet

Iklankan Apa sahaja Produk anda dengan Free Disini


==> Klik Sini

Gunakan link affiliate Anda untuk mempromosi laman web dan sekiranya ada yang menjadi ahli, Anda akan mendapat komisen sebanyak RM 1.00 untuk setiap pendaftaran menggunakan link affiliate Anda.


RM 1.00 sedikit sangat?

Cuba bayangkan situasi ini...

1) Anda mempromosi laman web Anda menggunakan affiliate link Anda dengan menggunakan Facebook Anda.

2) 500 orang mendaftar menjadi ahli secara PERCUMA.

3) Anda akan mendapat komisen sebanyak RM 500 tanpa perlu menjual apa-apa.

Senang bukan!

Kami telah menyediakan affiliate tool di dalam ruangan keahlian untuk membantu Anda melakukan promosi.

Apa yang Anda perlu lakukan sekarang adalah Daftar ke ruangan ahli sekarang!



==> Klik Sini



Good Luck!


P/S: Kami tidak sabar untuk memberi komisen yang lumayan kepada Anda.

P/P/S: Ingat! Anda tidak perlu menjual apa-apa untuk mendapatkan komisen yang lumayan. Apa yang Anda perlu lakukan adalah mempromosi affiliate link dan sekiranya ada yang mendaftar menjadi ahli secara PERCUMA, anda akan mendapat komisen sebanyak RM 1.

Thursday, March 28, 2013

Adakah Benar Komando USA dalang Lahad Datu ?

Di sebalik peristiwa pencerobohan pengganas sulu, ada teori Siapa penceroboh Lahad Datu. Berikut adalah kronologi nya.



1.- Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.

2 - Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.

3 - Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).

4 - Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.

5 - Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.

6 - Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.

7 - Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.

8 - Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.

9 - Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.

10 - Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.

11 - Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.

12- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.

13- Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.

14 - Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.

Wednesday, July 27, 2011

Panji -Panji Hitam dari Timur

Ada satu kisah yg saya belum tuliskan lagi pada siri AKHIR ZAMAN , Kisah ini adalah satu kisah yg terpenting sekali jika di bandingkan dengan kisah -kisah yg lain . Kisah itu bukan saya sengaja tidak mahu menulisnya tetapi saya tidak dapat merungkai rahsia di sebalik kisah tersebut .

Satu "unit puzzle" masih belum lagi dapat dicantumkan pada induknya ,maka ia akan menjadi teka - teki dan misteri . Ada sebahagian orang yg telah bosan mendengarnya ,dan ada sebahagian orang juga yg sudah melabelkan kisah ini sebagai sesat dan mengarut ,ada juga yg mengatakan perkara ini tidak penting dan ada juga yg sudah mendakwa - dakwi . Kisah yg terpenting ini adalah sebahagian drp kisah AKHIR ZAMAN ,ianya tidak boleh dipisahkan kerana kisah tersebut warid@termaktub di dlm hadis rasulallah s. a.w

Pernahkan para pembaca budiman mendengar LELAKI BANI TAMIM atau PEMUDA BANI TAMIM ? sudah pernah ? atau tidak pernah ? Selain itu pernahkan anda mendengar PANJI_PANJI HITAM DARI TIMUR ? Hariss bin Harras ? Golongan Al MANSUR ? Golongan yg tidak terkalahkan ? Seorang lelaki yg bernama SYUIB ? . Mereka ini adalah tokoh-tokoh besar di akhir zaman . Mereka bukan calang-calang manusia . Tetapi siapakah mereka ini?Di manakah mereka sekarang ini ? Adakah berdosa sekiranya kita mengkajinya ? .

Setelah saya teliti hadis-hadis yg berkaitan dengan mereka ,nampaknya saya gagal dalam mencantumkan puzzle yg terakhir itu ,ia seperti suatu rahsia yg terbesar ,Teka teki itu sukar di cari jawapannya .. Kalau para pembaca ada maklumat berkenaan mereka, SUDIKAH ANDA BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN SAYA ?

Seorang lelaki dari Bani Tamim adalah orang kanan kepada Khalifah Besar di akhir zaman iaitu Imam Mahdi r.a . Lelaki dari keturunan Bani Tamim ini adalah orang yg bertanggungjawab menyediakan atau memudahkan tapak pemerintahan Imam Mahdi r.a . Bagaimanakah lelaki Bani Tamim ini lakukan perkara itu ? . Adakah perlu Lelaki Bani Tamim ini menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu ? ataupun setakat beliau mengistiharkan diri dan diikuti dengan berduyun-duyun manusia pergi untuk berbaiah dengannya @ janji setia ?.Atau ada cara yg lain yg manusia tidak terfikir ..


Kalau jiran kita tiba-tiba mengistiharkan beliaulah lelaki Bani Tamim ,adakah kita akan mempercayainya ? percaya atau tidak ? ... ini adalah satu ujian yg bukan mudah untuk diharungi .

Pada masa dahulu ada seorang amir bagi sebuah Jamaah yg dikenali di seluruh Tanah Melayu .Jamaah tersebut dikenali sebagai Jamaah Al Arqom dan ketuanya /amirnya bernama Ustaz Asari bin Muhammad . Beliau mendakwa sebagai Pemuda Bani Tamin / lelaki dari bani Tamin ,seorang Mujaddid Akhir Zaman.dsb . Adakah benar dakwaan beliau itu ? ,adakah dia seorang yg layak ? Adakah beliau orang yg sebenar-benarnya ataupun beliau tersilap langkah dan percaturan sahaja ? .

Adakah calon -calon yg lain ..? Mungkin ada ..tetapi kita tidak tahu ...kalau pembaca tahu boleh kah saya berkongsi dengan para pembaca yg budiman..

Lelaki drp keturunan Bani Tamim ini adalah orang yg mencetuskan Jadual Allah di akhir zaman . Ditangannya seperti ada pemetik api dan bila-bila masa sahaja ia akan memetiknya dan menyalakan sumbu peledak bom , dan sudah tentu beliau tidak sewenang-wenangnya memetik api itu...Apabila beliau telah membakar sumbu tersebut maka jadual Allah akan berjalan dan tidak akan berpatah balik .Maka wahai sekalian manusia inilah ujian yg pertama demi menyatakan iman kalian ,adakah kalian bersama beliau atau menjadi penentangnya ? . Maka bersedialah dengan panggilan jihad fisabilillah .

Ketika ini saya masih mencari -cari calon yg sesuai sebab ini adalah perkara yg penting bukan suatu yg remeh . Pada masa yg sama rancangan "MEREKA" hampir disempurnakan , Mata yg melihat anda .. hampir mendarat di puncak piramid ... dan kita masih lagi tidak mahu memberi sedikit ruangan di minda kita untuk berfikir tentang nasib ummat Islam pada masa kini. Dan kita masih leka dan terus leka ...tanpa menemui noktah kesedaran dan kita suka dengan keadaan itu sebenarnya.

---------

Golongan Yg Membawa Panji-Panji Hitam Dari Timur.

Panji atau bendera berwarna hitam atau putih ,sekiranya hitam maka tulisan putih ,sekiranya putih maka tulisannya hitam . Bendera itu di tulis kalimah syahadah . Bendera itu adalh bendera rasulallah ,kerajaan rasulallah yg akan diwarisi kepada khalifah-khalifahnya . Bendera itu sebagai panji-panji tentera Imam Mahdi r.a .Jadi siapakah tentera Mahdi itu .

Mari kita lihat calon-calonnya ..

1-Adakah mereka adalah gerakan -gerakan Islam atau parti-parti plitik Islam di seluruh dunia cthnya JIM iaitu Jamaah Islah Malaysia , ABIM iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia , Parti Islam SeMalaysia ataupun gerakan-gerkan dan parti-parti Islam di seluruh dunia . Kalau lah mereka , sudah tentu salah seorang pemimpin gerakan dan parti politik itu ialah Pemuda dari Bani Tamim yg dijanjikan oleh Allah . Adakah mereka?



2-Adakah mereka itu adalah bekas ahli-ahli Al Arqom yg telah diharamkan kerajaan dan dilebelkan sebagai ajaran sesat . Khabarnya mereka bersedia ke arah itu pada masa dahulu dan sekarang ia agak senyap dan sayup-sayup kedengaraan akuan itu. Kalaulah mereka sudah tentulah Ust .Asari Muhammad itu Bani Tamim .Adakah mereka ?

3- Adakah mereka itu adalah Jamaah Tabligh yg terkenal diseluruh dunia itu ,khususnya di Negara India dan Pakistan dan jamaah ini tidak asing di Malaysia .Baru-baru ini mereka membuat Ijtimak di Sepang .Khabarnya ratusan ribu manusia hadir di Ijtima' itu . Pemimpin -pemimpin mereka terdiri drp orang-orang yg alim dikenali sebagai maulana . Bukan senang nak dapatkan gelaran itu . Maulana bermaksud "tuan kami " . Nampaknya mereka adalah orang yg lasak dan selalu berdikari keluar ke jalan Allah . Kalaulah mereka ,sudah tentulah salah seorang pemimpin mereka adalah Lelaki Bani Tamim .



4-Adakah mereka itu dikalangan ahli sufi .menurut pembacaan dan kajian saya ,(kalau salah ,tolong perbetulkan ) ahli sufi ini adalah orang -orang yg menjalani tarikat .Hasil daripada riadah ( istilah orang yg selalu berzikir ) maka terhasillah drp madrasah tersebut orang-orang yg soleh dan para wali Allah .Di antaranya ialah Imam Ghazali r.a ,Sheikh Abdul Qodir Jailani , Imam As Sazali , Sheikh Bahauddin dan ramai lagi . Saya ambil contoh Sheikh Abdul Qodir Jailani ,beliau adalah Sultanul Arrifin ( Sultan bagi Arif Billah ) ataupun Wali Qutub dan Mujadid pada zamannya . Kalaulah mereka itu adalah pemegang panji-panji hitam dari timur maka sudah tentulah salah seorang drp Sheikh-Sheikh mereka itu adalah keturunan yg terpilih diakhir zaman ini , iaitu Bani Tamim .Adakah mereka ?

5- Adakah mereka itu dikalangan pengamal-pengamal silat ,contohnya ,silat gayung , silat cekak ,silat Lincah dsb . Mereka seperti saya maklumi sentiasa bersedia ke arah itu .Bahkan bendera pun sudah di reka . Cuma menanti panggilan ,mereka akan menyahut . satu sikap yg positif . Kalaulah mereka itu pemegang amanah yg terbesar di akhir zaman sudah tentulah salah seorang mahagurunya adalah lelaki dari Bani Tamim yg akan memetik api untuk membakar sumbu bom/peledak/dinamit itu . Adakah mereka? .



6- Adakah saudara - saudara kita di timur tengah yg sedang berperang melawan tentera NATO dan USA di Afganistan .Mereka dikenali sebagai TALIBAN . Bagaimana pula dengan AL QOEDA . Al QOEDA adalah kumpulan khayalan bercapkan wahabi , jenama U.S.A . Jenama ini dimasyhurkan ketika peristiwa pembohongan terbesar abad 21 ini ,iaitu pelanggaran 2 menara berkembar di NEW YORK . Maka mereka tersingkir drp carta calon Bani Tamim . Taliban dengan perwatakan tahan lasak sepertinya layak untuk menjadi pembawa panji-panji hitam dari timur .Kalau begitu sudah semestinya salah seorang daripada pemuka-pemuka mereka adalah pemuda Bani Tamim . Adakah mereka?



7- Calon yg terakhir yg saya boleh ketengahkan ialah penduduk - penduduk di sekitar Khurasan /Asfahan Iran yg bermazhab Ahli Sunnah . Bukan saya menolak calon -calon rakyat Iran yg bermazhab Syiah tetapi mereka itu pada hemat saya tersingkir drp carta calon Bani Tamim kerana mereka sangat berbeza dengan kita . Apakah perbezaan mereka itu ...para pembaca dipersilakan melihat catatan -catatan lama di dlm blog ini untuk mengetahui apa yg saya maksudkan. Kalau merekalah yg dimaksudkan Bani Tamim maka sudah tentulah ada dikalangan mereka adalah orang yg telah Allah janjikan itu . Adakah mereka?

8- Atau pun ada calon yg lain ? kalau ada maklumat bolehlah kita berkongsi ? .

Mengapa saya seolah-olah beriya-iya tentang perkara ini ? .Antara sebabnya ialah saya berpendapat Imam Mahdi akan menzahirkan dirinya di antara tahun 2012 hingga sebelum 2020 . Bagaimana saya boleh tahu tarikh ini ?.Para pembaca budiman ,ini hanya sebagai pendapat peribadi saya sahaja ,ia tidak semestinya benar . Kalau ianya benar ,sekurang-kurangnya para pembaca sudah maklum perkara ini ,kalau tidak anggaplah ia sebagai hasilan karya berupa semata-mata sebuah cerita. Persediaan tapak / Empayar Islam d akhir zaman perlu disediakan terlebih dahulu oleh Pemuda Bani Tamim ini .Maka sudah tentu persediaan itu akan bermula 3 ke 4 tahun akan datang . Setelah semuanya sedia ,barulah Khalifah besar itu akan muncul di Khurasan dan seterusnya ...sila lihat siri-siri awal akhir zaman untuk mengetahui maklumat itu di dlm blog ini .

Insyaallah pada masa akan datang saya akan tuliskan ringkasan kronologi peristiwa akhir zaman khas untuk pembaca bagi mengetahui bagaimana saya boleh mengeluarkan pendapat yg Imam Mahdi akan muncul pada tempoh yg saya nyatakan tadi .



Sudah tiba masanya kita menoleh ke kanan dan ke kiri mencari pemimpin yg boleh mendaulatkan Islam pada tempatnya yg sebenar pada zaman ini . Sesungguhnya tentera yg mempunyai hati seperti besi itu ada di sekeliling kita . Carilah ...saya pun sedang mencari juga.

Nota Kaki : jangan pernah berhenti untuk mencari.