Saturday, October 16, 2010

Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa (PT 1)






Ini adalah salah satu artikel pengiring dari tiga artikel pengiring sebelum artikel utama Alter Terahsia Bangsa Melayu yang akan diterbitkan seawal-awalnya minggu hadapan.Srikandi akan mengulas tentang maksud di sebalik nama 'Melayu' dan misteri di sebalik nama itu.Apakah sebenarnya nama Melayu ini?Adakah ia bermaksud bangsa atau bahasa?

Pada hari ini penyakit buta kepada warisan dan jatidiri bangsa sendiri menyebabkan ada di antara anak-anak Melayu 'goyang' apabila ditanya oleh kaum lain tentang maksud Melayu,sehingga mereka pula seolah-olah mengajar dan memberitahu anak-anak Melayu ini sejarah bangsa mereka.Ada yang meneka-neka dan memandai-mandai membuat kenyataan sendiri sehingga terkeliru sendiri.Srikandi akan cuba mengupas masalah ini dari pelbagai sudut.

Namun,tidak dinafikan manusia menjadi musuh kepada apa yang masih belum difahaminya.









hiaskan kendiri berani bak saktimuni
hiduplah jalinan susastera dan mahakarya



Srikandi menyusun berapat jari-jemari
membuka pencak ilmu dan warha bicara








Terlebih dahulu saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu itu sendiri.Ini kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga ada juga yang menganggap perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,sehingga tiada langsung apa yang dikatakan bangsa Melayu.Ini pandangan yang ekstrim,kerana kerana setidak-tidaknya bahasa Latin yang menjadi bahasa perdagangan dan kesusasteraan Eropah akibat penguasaan Empayar Rom itu sendiri dapat ditelusuri asal-usulnya,iaitu dari Semenanjung Itali,bagaimana dikatakan Melayu itu hanya bahasa dan bukan mewakili satu bangsa atau setidak-tidaknya satu suku kaum?Bahasa Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa Inggeris berasal dari sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris) dari Tanah Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan Saxons.Bahasa Sepanyol dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari keturunan Caucasian,Viking dan Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa nomad di padang rumput Steppe di dataran-dataran luas Siberia sehingga melepasi banjaran Caucasus dan sungai Volga,jadi adakah bahasa Melayu berasal dari bangsa 'alien' yang datang dari planet Zargus??Fikirkan.

Ada juga yang berfikiran singkat mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi oleh orang Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang berpendidikan kerana orang-orang Melayu masih menjaga warisan sejarah sehingga kesultanan mereka dan adalah tidak logik sehingga nama bangsa sendiri pun boleh terlupa sampai terpaksa bangsa lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah orang-orang Melayu menjadi seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang dicabut akar budaya mereka sehabis-habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja mereka dibunuh dan mereka dipaksa menganut agama Kristian sehingga semua ini menjadi satu tragedi yang amat malang bagi mereka yang asalnya adalah bersaudara dengan orang-orang Melayu.Mujurlah masih terdapat sukukaum di Filipina yang kurang menerima kesan penjajahan Sepanyol yang kejam ini seperti orang-orang Sulu (selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-gelaran untuk bangsa Arab di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di sana).Orang-orang Sulu inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.


Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah memalukan seorang yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose Rizal.Dan apakah yang dikatakan oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?

Beliau mengaku sebagai anak Melayu!

Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa 'Filipino',namun kita tidak tahu apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.Ini samalah dengan saudara-saudara kita di Selatan Thai yang dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti sebagai orang yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol pada 1556 hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan penjajah sahaja dan ini boleh dilakukan dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksa menjadi orang Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan dan raja mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskan kediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita akan tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah satunya yang paling terkenal ialah Laguna Copperplate.

Wahai saudara saudariku Bani Jawi,

Bila saya menuliskan tentang 'Bani Jawi',ini termasuklah semua kaum-kaum yang menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan kemiripan di antara satu sama lain.Pakar-pakar linguistik menamakan bahasa-bahasa ini sebagai Malayo-Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari induk mereka yang misteri.Bani Jawi adalah satu kumpulan kaum-kaum yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia ini.Kaum-kaum ini yang dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di kawasan tasik di pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland' Bani Jawi) ke timur mencapai pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-pulau Papua,Solomon,New Zealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum penjajah Inggeris tiba di sini,Australia diduduki oleh kaum aborigine Austronesian).Ke barat sehingga menjangkau Madagaskar berdekatan Benua Afrika.Selain dari Bani Jawi di sekitar Indonesia dan Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang diluar lingkungan ini telah terasimilasi dengan teruk ketika penjajahan dan terputus dari warisan induk mereka.Di sini kita faham bahawa Bani Jawi yang menduduki Kepulauan Indonesia dan yang terdapat Malaysia adalah Bani Jawi yang berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya menjaga warisan moyang mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga berjaya memegang tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-tanah mereka,tidak seperti yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain terutama di Pasifik.Di sini kita tahu satu rahsia.

Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan 'Indonesia','Malaysia' dan 'Brunei' adalah mereka yang dekat dengan 'induk' Bani Jawi.Mereka juga masih mempertahankan budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika mampu,adakah penjajah Inggeris dan Belanda bersimpati untuk mengekalkan budaya,bahasa dan politik penduduk tanah-tanah jajahan mereka?Jika kita katakan Sepanyol lebih kejam kerana 'mensepanyolkan' orang Filipina,bagaimana dengan Australia?Penduduk aborigine dinafikan hak mereka sebagai pribumi Australia yang asalnya adalah tanah mereka,fikirkan dari manakah manusia aborigine ini boleh wujud di Australia jika tidak ada moyang mereka yang bijak dalam ilmu pelayaran?

Australia telah menjadi negara orang-orang Inggeris.Ini adalah fakta pada hari ini.


SEBENARNYA JIKA BOLEH,ORANG-ORANG BANI JAWI DI INDONESIA,MALAYSIA DAN BRUNEI MAHU DIHAPUSKAN TERUS IDENTITI KEMELAYUAN MEREKA ,tidak kira di'Inggeriskan' atau di 'belandakan'.Namun ini tidak terjadi semudah itu dan hakikatnya telah gagal.Para penjajah ini tidak mampu melakukan begitu kerana masih ada warisan Bani Jawi yang gagah perkasa berdegil mempertahankan warisan mereka.Kita boleh faham mengapa bahagian Selatan Filipina masih kuat pengaruh 'kemelayuannya' terutama orang-orang Tausug yang masih diluar pengaruh 'kristianisasi dan pensepanyolan'.Sebab itu mereka masih berkuasa melancarkan pemberontakan.Dari Luzon hinggalah ke Visayan,penjajah Sepanyol telah menjarah budaya ketimuran sehingga mereka menjadi amat lemah dan pasrah dengan 'takdir' yang menimpa diri mereka,tetapi ini cuba ditentang oleh penduduk di selatan atau lebih tepat di pulau Mindanao.Puak-puak pemisah cuba untuk menentang 'saudara' mereka yang telah hilang identiti dan menjadi 'makhluk' lain.


Siapakah Gloria Macapagal Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan penduduk Sulu?Moyang kepada moyang beliau mungkin kenal siapakah sultan-sultan Manila dan Visayan juga raja-raja Mindoro dan Samar.Sultan-sultan Sulu?Jika moyang kepada moyangnya tidak kenal Kesultanan Sulu maka sudah tentu nama 'Macapagal' itu tidak ada.Bolehlah digantikan dengan 'Fernando' sebagai contoh menjadi Gloria Fernando Arroyo sahaja.Mungkin Presiden Filipina itu berasal dari Lisbon atau conquistador yang menjajah Filipina.Tetapi perkataan 'Macapagal' itu sendiri menimbulkan misteri yang tidak berkesudahan tentang asal-usul orang-orang di Filipina.

Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang memerintah Manila sebelum penjajah Sepanyol merampas wilayah itu darinya.Tanyakan dia siapa Raja Sulaiman yang membantu moyangnya menentang Sepanyol.Moyang beliau beragama Islam dan kota Manila itu sendiri berasal dari kata "Amanillah" bermaksud "di bawah keamanan Allah".Lakandula adalah gelaran raja-raja Melayu di Kepulauan Filipina pada zaman dahulu.

Mempelajari sejarah keturunan presiden Filipina itu sendiri mampu memberi pengajaran yang tidak sedikit kepada kita.Bahasa dan gelaran bangsawan Melayu di kepulauan Luzon,Mindanao dan Visayan memberikan kita gambaran sejarah Melayu yang digelapkan di pulau-pulau utara Sabah itu.

Kita boleh lihat pengaruh Melayu dan Polinesian yang bercampur aduk dalam bahasa Tagalog.


*Pahlawan Tausug/Sulu yang gagah berani


Mengapa penduduk ke selatan 'tidak makan saman' dengan kekejaman conquistador Sepanyol?Cuba perhatikan budaya dan semangat orang-orang Tausug/Sulu.Perhatikan betapa penduduk Luzon telah berjaya ditukar menjadi makhluk lain,kita mungkin tidak boleh menyalahkan kelemahan mereka kerana armada penjajah Sepanyol mungkin bertumpu di Luzon dan tidak mampu mencengkam pengaruhnya di Mindanao yang jauh ke selatan.Tetapi keris-keris panjang pahlawan Sulu mampu menceritakan perit getir mereka melawan Sepanyol.Gloria Macapagal Arroyo mungkin sudah melupakan keris Sulu ini (yang mungkin pernah dikucup moyangnya ketika menentang conquistador Sepanyol) namun bukan orang-orang di Jolo.


*Keris panjang atau Keris Sundang Sulu

Adakah Inggeris lebih bermurah hati dan 'kasihan' dengan Bani Jawi di Tanah Melayu?Adakah Belanda bersimpati dengan Bani Jawi di Sumatera dan Jawa?TIDAK SAMA SEKALI.Cuba baca kisah kaum Red Indian Cherokee yang dihalau dari tanah tumpah darah mereka di benua Amerika.Mereka dihalau beramai-ramai oleh penjajah Inggeris yang mahu menubuhkan Dunia Baru mereka.Beribu-ribu orang mati dalam pelarian termasuk kanak-kanak dan wanita.Apa sudah jadi pada identiti kaum Red Indian pada hari ini?Hanya logo 'Apache' sahaja masih tertinggal pada helmet budak-budak rempit Melayu yang leka menyabung nyawa di jalan raya.Mereka sudah hilang tanah dan identiti.Mereka semakin terhimpit di bumi nenek moyang mereka.Pelajarilah semua ini.

Namun,pelajaran paling hampir ialah di Filipina.Tersangat hampir.Jika pemimpin Umno masih berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga India dan China boleh 'lesap' tanpa dikesan di negara mereka ditambah pula PKR yang makin liberal dan PAS yang lupa perjuangan sebenar (sebagai contoh),50 tahun lagi orang-orang Melayu yang dungu ini akan hilang kuasa politik mereka secara terhina dan memalukan.

Moralnya ialah,semangat mahu mempertahankan agama,bangsa dan tanahair telah memotivasikan Bani Jawi di 'Indonesia' dan 'Malaysia' supaya kekal mendaulatkan budaya dan bahasa mereka.Jika mereka lemah,mungkin anda dan saya tidak lagi bergelar Melayu.Dan tidak lagi berbahasa Melayu.HANYA BANGSA YANG BENAR-BENAR SABAR DAN KUAT SAHAJA MAMPU MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA SETELAH DIJAJAH DAN DIJARAH OLEH PELBAGAI PENJAJAH BERATUS TAHUN.

Polinesia adalah istilah dari Greek yang bermaksud 'banyak pulau'.Ini menerangkan Kepulauan Melayu sehingga ke pulau-pulau Pasifik.Dari segi terminologinya ia bermaksud Kepulauan Pasifik,menjangkau Pasifik Tengah dan Pasifik Selatan.Ia adalah satu daripada tiga bahagian;yang lainnya ialah Melanesia dan Micronesia.Austronesian ialah kelompok keluarga bahasa paling terbesar di dunia,dahulunya dikenali sebagai Malayo-Polynesian.Setelah pakar bahasa memasukkan bahasa Formosan (juga berasal dari bahasa para pelayar Melayu yang tiba di Taiwan beratus-ratus tahun yang lampau) ke dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian,kini ia digelar keluarga bahasa Austronesian.Ini adalah salah satu daripada keluarga bahasa terbesar di dunia berdasarkan jumlah bahasa melebihi 700 bahasa dan keluasan geografinya.Bahasa Cham di Vietnam dan Kemboja,bahasa Malagasy di Madagascar dan bahasa Tagalog di Filipina adalah dari keluarga Malayo-Polynesian.Perhatikan terminologi para pakar bahasa ini yang mengesan rahsia bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu dan Pasifik ini.'Malayo' adalah ciri-ciri bahasa 'Western Malayo-Polynesian' seperti bahasa Melayu,Sunda dan Jawa.Ini bahasa Bani Jawi yang standard,maju dan dinamik.'Polynesian' pula adalah lebih kepada bahasa-bahasa kaum aborigine Pasifik.Anehnya,terdapat persamaan dari segi struktur bahasa dan peraturan tatabahasa antara bahasa Melayu/Indonesia dengan bahasa-bahasa Pasifik ini,walaupun kosa kata mereka berbeza.Dan pasti ada kata-kata yang sama seperti perkataan 'mata','batu' dan sebutan angka-angka.'Lima' adalah perkataan yang dominan.Orang Samoa juga menyebut angka 'Sepuluh' sama seperti kita di sini.Sebutan angka dalam Tagalog mirip sebutan dalam bahasa Jawa.Ringkasnya 'Malayo' adalah ciri-ciri Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perpaduan Indonesia,Brunei dan Malaysia dan 'Polynesia' merujuk kepada bahasa-bahasa sukukaum aborigine Pasifik.

Sesungguhnya terdapat misteri di sini.Apa kaitan orang-orang aborigine di Malaysia seperti Orang Asli,Dayak,Jakun dan sebagainya dengan aborigine Pasifik seperti Hawaii,Samoa,Fiji dan lain-lain?Dan APA KAITAN SEMUA ABORIGINE INI DENGAN ORANG JAWA,SUNDA DAN MELAYU?Anda akan mendapat kunci rahsia ini dalam artikel utama ATBM "Austronesian dan Polinesia".


Sesetengah saudara Bani Jawi kita di Indonesia menganggap Melayu itu adalah satu sukukaum padahal cuba kita tanya,sukukaum Melayu itu adalah yang bagaimana?Pakaian orang Melayu tidak jauh beza dari pakaian etnik-etnik di Indonesia terutamanya di Pulau Sumatera.Orang Melayu juga berkeris seperti orang Sunda dan Jawa.Bahasa?Padahal loghat (slang) bahasa Melayu di negeri-negeri Malaysia juga berbeza.Cuba kita paksa orang Jawa bercakap dengan orang Kelantan,bagaimana rasanya (mungkin ini antara sebab Manohara tidak serasi dengan orang Kelantan,pendapat saya sahaja).Cuba teliti dialek pekat Kedah,Perak dan Terengganu.Orang luar mungkin merasakan orang Perak,Kelantan dan Kedah yang bercakap dialek pekat masing-masing dari tiga kaum berbeza.Samalah jika kita paksa orang Sunda bercakap dengan orang Aceh.Perbezaan loghat/dialek adalah sama,tidak kira di Indonesia atau di Malaysia.Jadi,di manakah 'sukukaum' Melayu itu secara jelas?Apa yang Melayunya pemuda yang bernama Fahrin Ahmad jika dibandingkan dengan Ahmad Dhani?Apa Melayunya Siti Nurhaliza jika Kris Dayanti malu menjadi 'Melayu' dan suka disebut 'bangsa Indonesia'?


Susilo Bambang Yudhoyono juga bersongkok sepertimana Sultan Mizan Zainal Abidin ketika kunjungan hormat mereka berdua.Jadi adakah Sultan Mizan lebih 'Melayu' dari Sosilo Bambang?Jadi dimanakah 'Melayu' itu?Adakah Sultan Mizan memerlukan penterjemah untuk memahami bahasa Presiden Indonesia itu?Jadi dimanakah 'Melayu'nya Sultan Mizan?Adakah Siti Nurhaliza terpaksa belajar bahasa yang dituturkan oleh Kris Dayanti sebelum bekerjasama dengan beliau?Mengapa lagu-lagu dari seberang cepat popular di kalangan anak-anak remaja 'Melayu' Malaysia berbanding lagu-lagu pop HongKong?Jadi dimana 'Melayu'nya itu?

No comments :

Post a Comment