Saturday, October 16, 2010

ILMU HISAB (haha Jawab la Kalau Teror)

Baru baru ni aku pergi melawat kelas dewasa kat kampong aku. Almaklumkan aku ini kelas dewasa.
 
Cikgu tu bagi soalan mudah tetapi semua anak murid dewasa tak boleh nak jawab. Dia bagi soalan methamatik yang berbunyi begini…
 
Ada tiga orang sahabat karib pergi bercuti untuk merehatkan minda dan badan yang terlalu letih kerana bekerja seharian. Mereka telah pergi sebuah pulau dan sesampainya di pulau tersebut mereka pun mencari tempat penginapan untuk menginap semalam di situ. Akhirnya mereka telah mendapat sebuah resot yang murah dengan kadar bayarannya RM30.00 semalam.
 
Memandangkan mereka berkawan rapat, mereka sepakat mengambil satu bilek dan membayar dengan membahagikan sama rata harga sewa semalam resot tersebut. Masing-masing mengeluarkan RM10.00 untuk diberikan kepada penyambut tetamu resot tersebut. Setelah menjelaskan RM30.00, mereka pun diberikan kunci bilek dan mereka tanpa membuang masa terus pergi kebilek yang ditetapkan.
 
Selepas mereka beredar kebilek, penyambut tetamu tadi baru tersedar yang resot tersebut sedang membuat promosi harga bilek dengan kadar RM25.00 sebilek.
 
Penyambut tetamu tadi telah memanggil budak bell boy dan memberi RM5.00 untuk dipulangkan kembali kepada tiga sahabat tadi. Dalam perjalanan kebilek tetamu, budak bell boy itu teringat yang penyewa tersebut ada tiga orang sahaja dan adalah tidak adil kalau diberikan RM5.00 tersebut kerana tidak cukup untuk dibahagi samarata. Dengan fikiran yang sedikit jahat, maka budak bell boy itu memberikan seorang RM1.00 setiap seorang dan bakinya RM2.00 dia simpan. Tanpa memberitahu kadar sebenar harga sewa bilek tersebut.
 
Cikgu tersebut memberitahu lagi, jadi ketiga-tiga sahabat tersebut telah membayar duit sewa bilek dengan kadar RM9.00 seorang. Betulkan! Murid-murid menjawab ya…betul! Dan jumlahnya RM27.00 sebab:  RM9.00 x 3 = RM27.00
 
Yang budak bell boy tu ambil RM2.00, betul tak murid-murid! Betul Cikgu….! Jadi jumlah keseluruhan duit tersebut adalah RM29.00 (RM27.00 + RM2.00 = RM29.00)
 
Dalam keriuah murid-murid dewasa sebuk mengira, tetiba seorang kanak-kanak yang menemani salah seorang murid-murid dewasa itu bangun dan bertanya, “ mana lagi RM1.00 Cikgu?”
 
Semua murid-murid dewasa termasuk guru sekali tercenggang-cenggang…
 
Jadi anak-anak murid tolong selesaikan, sekarang ini cikgu itu sedang berjiwa kacau.


No comments :

Post a Comment