Setiap kali saya membuka email-email saya sama ada gmail ataupun yahoo mail pasti ianya akan dipenuhi dengan email-email spam ataupun email sampah. Kadang-kadang rasa geram juga tapi tak tahu nak wat apa melainkan delete ataupun block je. Email spam ini kadang –kadang sangat merbahaya kerana ia boleh jadi mengandungi virus yang bahaya untuk komputer anda. Bila saya mendapat email-email spam ini saya terus je delete senang malas nak fikir panjang.
Orang yang menghantar email-email spam ini di panggil spammer. Para spammer ini kerja dia hanyalah mengutip alamat-alamat email sama ada di ruangan chat, laman web sosial, senarai email pelanggan dan banyak lagi cara untuk mendapatkan alamat-alamat email ini di internet pada masa sekarang ini. Setiap orang menghadapi risiko untuk mendapat email-email spam ini. Spammer yang mencuri alamat email ini kemudiannya akan menjual senarai alamat email yang telah dikumpul kepada spammer yang lain pulak. Siap boleh buat duit lagi tu. Spammer yang membeli senarai email tersebut boleh la menggunakan senarai email tersebut untuk melakukan promosi ataupun menghantar apa-apa email kepada senarai alamat email tersebut.
Kita sebagai pengguna internet mestilah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mencegah diri dari mendapat email-email spam ini. Ada banyak cara yang boleh anda lakukan sebenarnya.
Cari di internet software yang dapat menghalang email-email spam. Ada banyak software di internet yang dapat melakukan program anti-spam ini seperti www.cloudmark.com ataupun www.mailwasher.net. Anda banyak lagi program anti-spam di internet yang anda boleh mendapatkannya secara versi professional. Apapun yang anda lakukan cubalah untuk mendapatkan apa-apa software pun. Ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga anda. Software-software ini tidak 100% berkesan tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu anda. Kalau tak nak pun anda boleh juga melakukan secara manual dan delete email-email spam tersebut.
Di internet sekarang ada banyak syarikat laman web yang menyediakan perkhidmatan email percuma. Antara laman web gergasi tersebut adalah google dan yahoo. Untuk mengelakkan email anda dari mendapat email spam, anda digalakkan membuka lebih dari 2 atau 3 email. Anda boleh menetapkan 1 email peribadi, 1 email perniagaan dan 1 email langganan newsletters dari mana-mana laman web. Dengan ini email-email anda tidak akan bercampur antara satu sama lain. Risiko untuk anda mendapat email spam juga adalah kurang kerana jika anda mempunyai lebih dari satu akaun email anda melakukan “back-up” email terutama kepada alamat email peribadi anda.
Apabila menerima email spam di dalam email jangan sesekali membuka email yang mengandungi “attachment”. Kerana email seperti ini mengandungi virus yang boleh membahayakan komputer anda. Kalau email tersebut datang dari orang yang dikenali tidak mengapa tetapi jika menerima email dari orang yang tidak dikenali risikonya sangat tinggi. Senang cerita anda boleh delete terus email yang tidak dikenali ini terutamanya yang datang dari negara luar lagi la merbahaya. Kalau anda gatal tangan juga untuk membukanya anda la yang kena tanggung risikonya kalau dapat email yang bukan-bukan.
Laman web yang menyediakan perkhidmatan email biasanya menyediakan satu spam folder yang khusus untuk email-email spam ini. Ini bermaksud email tersebut datang dari orang yang tidak dikenali. Ini memudahkan anda mengenal pasti email-email spam yang masuk kedalam email anda. Anda perlu berfikir sekali lagi sekiranya email yang anda gunakan sekarang tidak menyediakan perkhidmatan seperti ini. Tapi kebanyakan email sekarang menyediakan perkhidmatan menapis email spam ini. Anda tidak perlu lagi bersusah payah menapis sendiri email-email spam ini.
Jika anda mempunyai sesuatu perniagaan maka sudah semestinya anda menggunakan email nama domain sendiri. Bukan sahaja ia menampakkan kredibiliti dan professional anda tapi ianya juga lebih selamat untuk anda. Ini kerana ada satu program di internet dipanggil “spam spiders” yang berfungsi untuk melayari internet dan mengesan email-email di internet dan boleh mendapatkan senarai-senarai email di internet tersebut. Semua orang tidak sukakan email spam kerana ianya seperti mengganggu privasi tanpa kebenaran. Anda juga boleh dianggap melakukan spam sekiranya menghantar email kepada sesiapa saja dan di dalam email tersebut ada berbentuk promosi sesuatu. Nak melakukan promosi apa-apa program boleh tapi biarlah secara beretika dan sah barulah ia tidak dianggap sebagai spam. Anda boleh mengumpulkan senarai email secara sah dengan membuat satu landing page supaya pelawat yang mengunjungi laman web anda dengan rela hati mendaftarkan alamat email mereka. Jika anda menghantar apa-apa bentuk promosi sekalipun ianya tidak dianggap sebagai spam kerana pemilik email tersebut dengan rela hati mendaftarkan email mereka di laman web anda.
Apa yang saya kongsikan disini hanyalah sebahagian sahaja cara untuk mencegah dari mendapat email spam ini. Ada banyak lagi cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan spam ini. Jika anda mempunyai cara anda sendiri boleh la kongsikan bersama untuk manfaat bersama. Sharing is caring..
No comments :
Post a Comment