Mungkin Aidil Fitri kali ini adalah Aidil Fitri terakhir bagi kita. Tahun depan, mungkin masa depan kita sebagai umat Islam di negara ini dan masa depan budaya kita sebagai orang Melayu akan ditentukan oleh Khalid Samad, Dr Dzul dan Dr. Hatta setelah hanya berunding dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Tian Chua, Ronnie Liu, Chua Jui Ming, dan lain-lain pimpinan bukan Islam yang menguasai majoriti Kerajaan seterusnya.
Semata-mata kerana ada pihak yang terlalu takut untuk menyebut kalimah Melayu.
Di manakah Melayu? Usahkan gagah di Nusantara, di bumi sendiri pun kita sudah hampir pupus.
Dua malam lepas saya dimaklumkan bahawa terdapat lebih 1 juta orang pemilih baru didaftarkan oleh DAP yang kebanyakannya terdiri daripada warganegara Malaysia berketurunan Cina yang telah lama menetap atau berkerja di luar negara. Selain usaha-usaha memindahkan pengundi-pengundi Cina dari kawasan pemilih Melayu kurang daripada 20% ke kawasan pemilih Melayu yang lebih tinggi. Ia adalah satu usaha untuk mencairkan pengaruh pemilih Melayu dan berharap dengan perpecahan orang-orang Melayu, mereka hanya memerlukan 20% pengundi Melayu untuk mengundi mereka maka, kebanyakan konstituensi di mana pemilih Melayu 70% ke bawah akan tidak lagi dikuasai oleh Melayu.
Saya akan lengkapkan data-data itu untuk posting selepas Aidl Fitri.
Tetapi sementara itu kita harus bertanya pada diri kita, usaha kita mengagungkan Pimpinan Bukan Islam masuk ke ruang-ruang sembahyang surau kita itu untuk apa. Adakah untuk mengagungkan Islam atau untuk membuka pintu hati orang-orang Melayu di saf-saf sholat supaya membuka mata mereka dan membuka hati mereka menerima pimpinan DAP dan pimpinan Bukan Islam PKR. Menerima politik DAP?
Adakah DAP dan PKR membuka ruang kepada ulama-ulama kita untuk masuk ke ruang-ruang ibadat mereka supaya pemilih-pemilih mereka terbuka mata dan hati untuk menerima Islam?
Apakah kita bangga dengan usaha mendoakan supaya Lim Guan Eng dibuka hati untuk menerima hidayah dan seruan Islam atau mungkinkah itu hanya satu agenda politik supaya kita merasa tenang dan aman dengan pemerintahan Lim Guan Eng.
Cuba bayangkan senario sebaliknya, bila di Gereja-Gereja, di Kuil-Kuil dan di Tokong-Tokong mendoakan pula supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz dibuka hati dan diberi hidayah supaya keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian, Buddha atau Hindu.
No comments :
Post a Comment