Siapakah Bilderberg Group?
Kumpulan ini ditubuhkan pada 1954 dan namanya diambil sempena nama sebuah hotel di Netherlands yang bernama Bilderberg. Kumpulan ini ditubuhkan oleh billionaire-billionaire antarabangsa dengan tujuan menguasai semua ekonomi kerajaan-kerajaan dunia.
(Atas) David Rockefeller, lahir 12 Jun 1915, masih hidup lagi sekarang.
Mengikut suatu sumber, idea penubuhan Bilderberg Group adalah bermula pada saat perjumpaan dua kumpulan international billionaire conspirators iaitu Keluarga Rotchilds dari Britain dan Keluarga Rockefeller dari Amerika Syarikat. Dua keluarga billionaire ini merupakan penguasa ekonomi dunia yang sebenar khususnya dalam industri kelengkapan peperangan dan carigali minyak (ExxonMobil).
Tetapi idea penubuhan Bilderberg telah wujud sebelum 1954 lagi di mana ketua pengarang majalah Forbes iaitu B.C. Forbes, beliau mendedahkan suatu perjumpaan antara penguasa-penguasa ekonomi dunia telah dikenalpasti. Perjumpaan itu dihadiri oleh Henry Davidson, pengarah JP Morgan & Co., Frank Vaderlip, CEO National City Bank, Paul Warlberg, Pengarah Kuhn Loeb & Co, dan Piatt Andrew, Setiausaha Jabatan Kewangan Amerika.
Pertemuan mereka dikenalpasti bertujuan membincangkan suatu plan strategi yang saintifik untuk sistem tukaran matawang Dollar Amerika. INdividu berempat ini amat berkuasa dalam menekan ahli-ahli kongress Amerika supaya menerima sebarang saranan dan idea daripada Persatuan Bank-Bank Antarbangsa Amerika.
Semenjak penubuhan Bilderberg Group, terdapat beberapa perkara yang dilihat oleh pemerhati-pemerhati politik dunia tentang Bilderberg Group ini. Antara individu yang banyak mendedahkan berkenaan rahsia kumpulan ini ialah Adreas Von Retyi dalam bukunya yang bertajuk “Bilderberg: The Timetable of New World Order”
Buku ini mendedahkan;-
- Mesyuarat Bilderberg di Jerman yang memutuskan untuk memilih Bill Clinton sebagai Presiden US.
- Bagaimana Bilderberg mencipta krisis minyak dunia pada 1970-an.
- Bagaimana Bilderberg meruntuhkan tembok Berlin di Jerman
Bilderberg Adalah Inspirasi Dajjal?
Ya, kumpulan ini adalah kumpulan yang diarahkan oleh Dajjal kepada konco-konconya (keluarga Rotschild dan Rockefeller) untuk ditubuhkan. Bilderberg berperanan khusus dalam mengawal industri minyak dunia melalui syarikat-syarikat mereka iaitu ExxonMobil, Shell, Projet dan Caltex.
Jika anda seorang yang sering membaca artikel-artikel berkenaan ekonomi, perjanjian carigali minyak, krisis ekonomi sejak 1900-an, anda akan dapati bahawa billionaire-billionaire tersebut adalah orang yang sama sehingga sekarang iaitu anak cucu Rotschild dan Rockefeller. Dan sekarang ini ialah David Rockfeller yang menguasai seluruh ekonomi dunia.
Kesimpulannya, ekonomi dunia sejak 1740-an dikuasai oleh Empayar Rotschild (www.rotschild.com) hingga sekarang, manakala muncul pula satu lagi penguasa ekonomi iaitu Empayar Rockefeller (www.rockefellercenter.com) pada 1870-an, kedua-duanya keluarga Yahudi.
Sesungguhnya, inilah bukti Dajjal adalah genius, bukannya seorang individu yang menyorok di gua, gunung dan bukit, kemudian berdiam diri menunggu hari kiamat. Semuanya telah diatur oleh Dajjal.
No comments :
Post a Comment