Internet pada masa kini menjadi medium utama untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi dengan orang lain. Ia mempunyai banyak kebaikannya jika ia digunakan dengan cara yang betul. Namun begitu ia mempunyai banyak keburukan jika ia disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Bagi anda dan saya sendiri perlu berhati-hati supaya kita tidak terdedah dengan beberapa keburukan yang datang dari internet ini.
Antara salah laku penggunaan internet yang perlu diawasi adalah:
1) Menyalurkan bahan haram, lucah, virus dan macam-macam lagi. Ianya sangat merbahaya kepada individu tertentu jika ia tidak dikawal dengan sebaiknya. Anda perlu berhati-hati jika membuka email anda terutama dari orang yang tidak dikenali.
2) Mengganggu perkhidmatan dan percubaan merosakkan komputer. Perbuatan seperti mencuri data atau hackers boleh mengganggu komputer orang lain dengan mencuri data-data atau merosakkan system komputer. Anda perlu mempunyai sistem kawalan komputer yang baik bagi mengelakkan komputer anda dari dimasuki oleh hackers ini.
3) Menggalakkan perilaku yang boleh mencetuskan kekacauan dan ketegangan dalam dan luar negara serta melanggar undang-undang. Menggalakkan perbuatan yang boleh membahayakan sesuatu pihak. Perbuatan seperti mengancam, mengugut, menghina, memfitnah, dan menabur perasaan hasad dengki. Di internet banyak benda yang boleh disebarkan dengan mudah. Anda perlu berhati-hati dan jangan mudah percaya kepada sesuatu berita yang diterima tanpa diselidiki dahulu.
4) Menghantar iklan yang tidak dikehendaki atau bentuk perniagaan yang mengelirukan. Banyak promosi secara spam dilakukan oleh mana-mana individu demi mendapatkan keuntungan yang cepat. Anda perlu berhati-hati supaya tidak mudah tertipu oleh perniagaan yang mengelirukan.
5) Membangunkan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan skim berantai. Di internet sekarang ada banyak jenis skim cepat kaya yang menipu pengguna internet. Anda jangan mudah percaya pada 4D(Duduk Diam Duit Datang). Banyak yang menipu kalau nak kaya cepat ni.
Sebagai kesimpulannya, anda perlu lebih berhati-hati dengan salah laku penggunaan internet yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Anda perlu menjadi pengguna internet yang bijak bukannya pengguna internet yang buta. Sama-sama la kita mengawasinya.
No comments :
Post a Comment