Tuesday, September 28, 2010

Kenapa Menanti?




Mengapa menanti?

Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Kerana walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembrono.
Kerana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai,
Kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.

Lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, daripada memilih apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, daripada memuaskan diri dengan apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, kerana hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misterius.

Perlu kau ketahui bahwa bunga tidak mekar dalam waktu semalam,
Kota Rom tidak dibangun dalam sehari,
Kehidupan dalam rahim selama sembilan bulan,
Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan.

Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, dan penantian kita tidaklah sia-sia.
Walaupun menunggu memerlukankan banyak perkara - iman, keberanian, dan pengharapan - penantian menjanjikan sesuatu yang tidak seorangpun dapat bayangkan.

No comments :

Post a Comment