Saturday, March 5, 2011

Negara Paling Tinggi Mengamalkan Rasuah

Negara Paling Tinggi Rasuah


1. Somalia
Dengan perang sivil yang masih berterusan sejak 1991, negara ini menjadi sinonim dengan kegiatan lanun. Berjuta-juta dolat diperolehi oleh lanun Somalia sebagai wang tebusan dari banyak pemilik kapal setiap tahun. Reuters melaporkan sebanyak 47 buah kapal asing dirampas pada 2009 sahaja oleh lanun-lanun ini.


2. Myanmar
Kaya dengan balak, mineral, gas asli dan sesuai sebagai pusat transit dadah terlarang, Myanmar telah menjadi “jajahan ekonomi” oleh pemimpinnya. Kerajaan US telah melarang sebarang pelaburan oleh rakyatnya di Myanmar sejak 1997.

3. Afghanistan
Adik Presiden Hamid Karzai dikatakan terlibat dalam perdagangan ganja dan Presiden Obama pernah menyentuh perkara ini bagi mengelakkan reputasi kerajaan Karzai terjejas. Namun dengan Taliban yang masih berleluasa, sukar untuk Afghanistan kembali bersih.



4. Iraq
Pemimpin Syiah telah mendapat kritikan rakyatnya kerana rasuah yang menyebabkan sumber air, elektrik dan minyak negara terjejas. Iraq telah menyertai Extractive Industries Transparency Initiative bagi mengurangkan rasuah di negara ini.


5. Uzbekistan
Presiden Islam Karimov telah mengawal perundangan, penghakiman dan media dan terus dipilih dalam pilihanraya dengan perbezaan undian yang sangat meragukan – 88% pada Disember 2007. Oleh kerana kerajaan mengawal sebahagian besar ekonomi, rasuah semakin teruk di negara ini. Malah gred dan ijazah juga mudah dibeli dalam sistem pendidikan.



6. Turkmenistan
Rasuah semakin meresap dalam negara yag kaya dengan sumber semulajadi ini di bawah pimpinan Presiden Gurbanguly Berdimuhamedov. Kerajaan mengawal kebanyakan sektor ekonomi, termasuk simpanan gas asli.



7.Chad
Bank Dunia telah menarik balik USD$3.7 bilion wang bantuan pada 2008 selepas Presiden Idriss Deby mengambil keuntungan minyak yang sepatutnya digunakan untuk perubatan, pendidikan dan mengurangkan kemiskinan. Mahkamah juga telah mendakwa berlakunya penyelewengan sebanyak USD$4.3 juta dalam program pembelian buku sekolah.



8. Sudan
Presiden Sudan, Omar Al-Bashir telah didakwa oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi jenayah perang dan pembunuhan. Dan negara yang mempunyai banyak sumber alam ini tidak dapat menerangkan kepada rakyatnya ke mana perginya wang royalti minyak yang diterima sebanyak USD$6 bilion setahun.









Malaysia di tempat ke-56 dalam Index Persepsi Rasuah 2010!


Index Persepsi Rasuah 2010(2010 Corruption Perception Index) telah mengeluarkan maklumat 178 buah negara di seluruh dunia berdasarkan index daripada 0 hingga 10. Index paling sedikit menunjukkan tahap penularan rasuah yang paling tinggi manakala index paling besar menunjukkan tahap penularan rasuah yang paling sedikit. Kaji selidik ini melibatkan 13 pengkaji selidik bebas daripada seluruh dunia.

Mengikut index terbaru tersebut negara Somalia menunjukkan index rasuah paling sedikit iaitu dengan mencatatkan jumlah mata 1.1 diikuti dengan Myanmar 1.4 dan Afghanistan yang turut mencatatkan mata 1.4.




Manakala negara Denmark dan New Zealand mencatatkan tahap index rasuah yang paling banyak, masing-masing mencatatkan mata 9.3. Singapura menjadi negara Asia paling tinggi index rasuah iaitu dengan mata 9.3 melayakkan negara tersebut menduduki tangga ketiga.



Negara kita, Malaysia hanya mencatatkan kutipan mata 4.4 dan menduduki tangga ke-56 daripada 178 buah negara.




Ranking in Asean

No comments :

Post a Comment