Assalamualaikum Dan Selamat Datang Ke blog Saya Yang Tidak Seberapa Ini Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Anda Semua.
Saturday, March 5, 2011
Negara Berbilang Kaum Tidak Stabil? Pendapat Anda?
Kita semua pasti tahu tentang negara Malaysia yang memang terdiri dari dari pelbagai etnik.Seperti di negara kita sendiri, ada kaum Melayu, Cina dan India, serta kaum minoriti yang lain. Pengertian masyarakat majmuk juga berlainan dari setiap negara. Singapura juga mendakwa mereka sebuah negara yang majmuk.
Tetapi mengikut kenyataan Chedet,pada dasarnya Singapura dikuasai oleh majoriti kaum Cina yang besar. Ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri, apa juga kurangnya dengan Malaysia.Memang kita terdiri dari pelbagai kaum, tapi pada dasarnya Malaysia dikuasai masyarakat Melayu yang dominan.
Berkenaan dengan tajuk yang ingin kami bincangkan pada anda hari ini, benarkah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum tidak stabil? Logiknya ada disitu. Perbezaan agama, budaya, dan juga dari aspek rasisme, berkemungkinan ketidakstabilan itu ada.
Namun, pendapat kami, tidak semestinya negara yang mempunyai kaum yang pelbagai tidak semestinya tidak stabil.Banyak lagi negara di luar sana yang mempunyai perbezaan budaya, bahasa dan kaum yang masih mampu mengekalkan keamanan dan juga keharmonian.
Apa yang penting adalah, mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum-kaum tersebut dan diletakkan di dalam bawah satu sistem yang saksama. Ada banyak pelaksanaan yang boleh dilakukan.Kami nampak usaha kerajaan ke arah itu, namun pelaksanaannya masih lagi lemah.
Seperti penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa utama juga, masih terdapat “lohong” di sana-sini.Sistem sekolah juga masih lagi ada yang berpisah.Masih wujud lagi sekolah SJKT dan SJKC di negara kita walaupun pelaksanaan sekolah Wawasan untuk menyatukan pembelajaran bagi semua kaum dibawah satu bumbung telah lama diperkenal.
Jurang yang paling ketara, masih lagi ekonomi.Kita sedia maklum tentang ekonomi kaum lain yang memang lebih baik berbanding dari kaum melayu sendiri.Dasar Ekonomi Baru(DEB) diwujudkan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum.
Secara prinsipnya DEB amat baik, tetapi di dalam pelaksanaannya terdapat beberapa kegagalan dan kelemahan.Melayu masih lagi tertinggal. Kami sendiri berpendapat, walaupun sudah banyak “tongkat” yang diberi kepada bangsa melayu, namun melayu masih lagi tertinggal.
Kenapa? Sebab tidak semua melayu yang dapat “tongkat” tersebut.Hanya segelintir sahaja.Dan sebab tongkat inilah selama ini menjadikan melayu sebuah kaum yang mengharap dan tidak mahu berusaha.Kita sedia maklum, bangsa lain sememangnya oportunis. Mereka tidak mempunyai keistimewaan seperti bangsa melayu.
Dan ini menjadilan mereka sebuah kaum yang sentiasa berusaha dan berdaya saing.Dan sehingga kini, masih jauh meninggalkan bangsa melayu.Apa yang kami ingin sampaikan kepada anda, bukanlah satu kenyataan yang bersifat rasis, tetapi mempersoalkan ke mana hilangnya semangat bersaing bangsa melayu.
Kami bersyukur bahawa Malaysia masih lagi aman dan tidak mempunyai masalah besar dan ketegangan kaum sejak 13 Mei 1969. Dan hubungan kaum juga masih lagi teguh.
Walaupun masyarakat berbilang kaum Malaysia akan terus berasingan daripada segi etnik kaum, namun Malaysia akan terus aman, berkeupayaan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan memperlihatkan keharmonian perhubungan antara kaum jika pimpinan negara ini memahami masalah yang terdapat dan mempunyai kemampuan mengurus.
Jika kita hendak memperbetulkan ketidakseimbangan ini, adalah perlu untuk kita cuba mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan pribumi berbanding dikalangan kaum bangsa lain.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment